Assalamualaikum semua~!!!
Hahaha~
Lama bebeno aku xupdate blog aku nih~
Bukannya apa, aku sebenarnya tgh "sibuk" menghabiskan cuti kt rumah sekarang nih~
(bukan ke tu patut jd alasan kenapa blog kerap sgt ke?)
Hehehe~
Ok3, sebelum aku mulakan topik aku pada post kali ini, akan aku ingatkan bahawa aku ni orang yang cetek agama dan hanya ingin mengelak dari persengketaan antara kaum...
Haaa...
EH? xla, bukan aku nk cite pasal politik yg ada kt Malaysia sekarang nih~
Aku xberani nk cakap pasal benda2 tuh, nnt kene tahan polis pulak~
Hehehe~
Isu yang aku nak cakap sekarang nih ialah The Wailing Wall yang semakin kerap orang tekan butang share kat Facebook.
Ok3, aku xda apa2 masalah kalau korang nak mem-fire aku sebab benda nih agak sensitif (pada pandangan aku kot).
But, it doesn't hurt to have a little discussion, isn't it~?
Ok3, bagi yang xtau dinding apa nih, ini adalah satu dinding yang terletak di Barat Jerusalem, bandar yang asalnya milik Palestin, tetapi kini diduduki Israel secara haram. Dinding ini juga dikenali sebagai The Western Wall, Kotel, dan juga The Buraq Wall. Jika ada nama2 gelaran yang lain, cer post kt komen. Seperti yang saya penah sebut, saya ni cetek agama (dan terkini, cetek ilmu dunia jugak~)
Kalau nak cerita segala info pasal dinding ni, alamatnya boring la korang kan, sebab benda ni dah boleh dikatakan menjadi maklumat yang boleh dijumpai dimana-mana.
Tapi...
Apakah kaitannya dengan Facebook pula...??
Aku manjadi tersangat2 la pelik bila orang yang dikatakan berilmu di dada kerana berjaya mengaitkan antara "Wall" di "Facebook" dengan The Wailing Wall.
Tapi, sebelum korang berkata apa2, saya ingin memberitahu bahawasanya ini sekadar pandangan aku sahaja, bukannnya perlu digunapakai pun~
Pertama sekali, YA, aku setuju bahawa Facebook ini memang sangat melalaikan kalau disalahguna. (ye la, sbb pengalaman sendiri la katakan~ hehehe~) Tapi, xperlulah sampai kaitkan Yahudi dengan benda2 macam nih...
Kedua, YA, aku setuju yang si Mark Zukerberg ni pernah menganuti agama Yahudi, tetapi kini dia adalah seorang Ateis, iaitu orang yang tidak mempercayai apa2 agama. Secara spekulasinya, sesetengah pihak manganggap beliau masih berpegang pada agama asalnya, iaitu Yahudi. Tapi, walaupun termaktub di Kitab Talmud mereka, tidak semestinya kita boleh mengaitkan terus dengan The Wailing Wall.
Kepada yang tidak tahu (ataupun yang dah tahu), tujuan asal Facebook dicipta hanyalah sebagai satu website untuk pelajar berkomunikasi di Harvard kalau aku xsilap. Kalau silap maaf, dan tolong tulis di ruangan komen untuk diperbetulkan.
Kepada yang xmembaca biografi mengenai si Mark Zukerberg nih, aku cadangkan korang cuba tengok cerita "Social Network". Majoriti (bukan semua) dalam cerita tu adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri ketika proses "melahirkan" Facebook.
Bagi yang mempertikaikan tarikh lahirnya sama dengan deklarasi peperangan untuk menguasai dunia dalam buku George Orwell( ntah sapa nyah orang tuh~ mintak link kalau sesape tau~) pula, pada pandangan aku xperlu la nk buat fitnah sampai macam tu. Kalau tarikh kematian dia sama dengan tarikh tuh, aku boleh la percaya sikit sebab maut boleh dilaksanakan dengan membunuh orang tu pada tarikh yang diingini. TAPI, ini tarikh lahir ya, bukannya boleh ditunda~ Dah dia nak lahir tarikh tu, bukankah itu kuasa tuhan? Kalaupun dia lahir xcukup bulan (tapi aku xjumpa dalam biografi dia yang dia dilahirkan xcukup bulan), bukan salah dia, salahkan ibu yang mengandung~ (hehehe~)
Ketiga, Facebook ini adalah medium sosial, yang bermaksud bukannya medium agama yahudi sahaja. Ianya secara gambarannya adalah seperti satu taman permainan didalam internet. Ataupun, nak lebih mudah, sejenis program bersosial yang lebih maju dari blog sebab orang yang "friend"/ "follow" (panggilan sebelum zaman Facebook bermula) boleh lihat apa yang ada di "Wall"/"Site" (panggilan sebelum wall menjadi popular~).
Keempat, pernah xkorang rasa semua orang yang berada dalam agama lain begitu taat dengan agama yang dianutinya? Sebenarnya, sama sahaja, tidak kira agama, terdapat golongan yang tidak begitu mempraktikkan amalan agama masing2. Mark Zukerberg juga begitu. Beliau hanyalah seorang remaja tipikal di dunia barat yang kebetulan mencipta sesuatu yang menjadi kegilaan dunia. Kenapa perlu kaitan dengan Yahudi sedangkan dosa yang dilakukan oleh diri sendiri. Jikalau Facebook itu satu alat upacara agama, maka bolehlah dikatakan yang kita meniru perbuatan yang menyerupai kaum lain. Tetapi, ini hanyalah sekadar satu medium yang tujuan asalnya adalah untuk komunikasi antara pelajar di Harvard, tak mengira agama atau budaya.
Kesimpulannya, aku pun tahu bahawa membazir masa di dalam Facebook itu adalah berdosa, tapi mengatakan Facebook itu adalah alat Yahudi untuk menyesatkan orang Islam?? I don't think so...
Ingatlah, xsalah berkongsi ilmu agama dengan orang agama lain, tapi rasanya berdosa kot kalau melakukan fitnah kepada agama lain...
P/S: Nasib baik blog xda orang jadikan trend untuk panggil "Wall", kalau x, ini pun berdosa~ hehehe~
P/S/S: Kalau terdapat kesalahan fakta, tolong beritahu ya~
P/S/S: Ini sekadar pandangan aku yang xmau permusuhan antara agama berleluasa walaupun agama itu adalah musuh kepada agama aku...
P/S/S/S: maaf xda gambar, lambat sgt tenet~ (banyak bebeno P ngan S nya~)
http://technob.com/index.php/facebook-ceo-mark-zuckerberg-converts-to-islam-now-known-as-mark-abu-bakar/
ReplyDeleteTrimass for the info!!!
ReplyDelete